Sambutan Karnival Keusahawanan Sosial diadakan pada setiap tahun di kesemua 42 PID seluruh Malaysia. Bagi tahun 2010, ia diadakan pada awal bulan Jun sehinggalah pertengahan bulan Julai 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di seluruh PID melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menggalakkan penggunaan ICT di dalam bidang keusahawanan dan kehidupan seharian. Ini juga adalah antara usaha KPKK untuk memperkasakan warga PID dan komuniti setempat supaya lebih berdaya saing, cerdik ICT, kreatif dan innovatif. PID Pagoh juga bersama - sama menjayakan karnival tahun ini dengan mengadakan beberapa aktiviti sempena Karnival Keusahawanan 2010 ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
1. E-Kedai
2. Bengkel Flickr
3. Bengkel Facebook
3. Bengkel You Tube
4. Bengkel DST
5. Pertandingan Catur Bistari
6. Mini Ekspo